Food Hunting


ASSALAMUALAIKUM

Salam sejahtera bagi yang non-muslim. Sebagaimana yang kita tahu, setiap orang mempunyai citarasa makanan yang berbeza. Ada yang suka pedas, manis, pahit, kurang gula, kurang garam dan macam-macam ragam lagi. Sama seperti SS, SS ini nak kata anak jati Johor pun tak jugak... Banyak je makanan yang susah nak ditelan tekak ini ha. Lagi-lagi kalau petai, sorry SS katakan, SS memang tak boleh nak hadam petai tu. Dah macam-macam cara SS buat untuk hadam benda tu tapi tak berjaya. Ada jugak makanan yang kadang-kadang boleh hadam, kadang-kadang tak boleh hadam. Nak tahu apa tu? Sardin hehehehe...

Jadi disini, SS nak share sikit tempat-tempat yang boleh korang pergi dengan harga yang berpatutan. Zaman sekarang ini, susah nak cari tempat yang macam tu. Kalau kedai-kedai hipster tu jangan cakap la, benda ciput tapi harga mak aii... jangan marah eee. Ni pandangan dari SS je, sebab SS ni bukanlah seorang yang berkemampuan sangat sampai nak habiskan duit untuk benda yang tidak mengenyangkan.

Cukuplah SS membebel panjang dekat sini. Sekarang ini jom kita tengok tempat-tempat menarik yang SS jumpa.



1. Sham Char Keuy Teow 696, Shah Alam

Siapa disini pengemar Char Keuy Teow? SS faham bila ada pengemar ini tidak jumpa Char Kuey Teow yang kena dengan selera mereka, mesti rasa tak puas hatikan. Sebab SS pun ada kawan macam ini. Hahahaha... Susah betul nak dapatkan Char Kuey Teow yang kena ... (bersambung)




2. Layar Tusuk Foumous, Seksyen 7

Wahai pengemar shellout ataupun para food hunting sekalian.  Muncullah kalian ... SS ada berita baik yang ingin dikongsikan bersama. Jangan risau jangan segan ini bukan nak jual ubat tapi mahu sebar berita. Berita gembira untuk ... (bersambung)




3. Village Grill - Muar

ASSALAMUALAIKUM . Setelah sekian lama tidak berjumpa dan akhirnya kami berjaya mengumpulkan keempat-empat ahli #EmpatBudakHitam Bermula apabila kawan Kak Jie bertanya dalam group. Maka bermula lah kami berbunyi dan kebetulan kawan Kak Jie dari Kuantan pun balik, jadi tinggal Kak Jie je yang tak ada kat kampung. Demi mereka Kak Jie pun drive balik kampung. (bersambung)



Kalau korang ada tempat-tempat menarik, boleh bagi cadangan dekat SS. Tak bayar pun, SS pun nak tahu dan rasa juga citarasa korang. Tapi buat masa sekarang fokus SS hanya kat Shah Alam dulu, tapi tempat-tempat lain juga akan menyusul.

No comments:

Post a Comment